Thursday, December 11, 2008

Cerita anti-oksidant

Yang paling bagus kita makan apa yang kita tanam.Kalau ada racun mestilah ada penawarnya.Kecuali mati dan umur tua tidak ada penawar.
Banyakkan makan tumbuhan dan sayuran.Kerana ia mengandungi vitamin yang bertindak sebagai anti-oksidant.Suatu hari saya ternampak seorang doktor wanita yang muda jelita.Saya mulalah memasang idea bagaimana hendak mengenali dia seterusnya.Saya ingatkan umurnya dalam 27 tahun.Bila sudah bertegur sapa.Bila sudah 2-3 hari kenal,baru saya tahu umurnya 43 tahun.Saya amat terkejut.Dia boleh menjadi makcik saya.Saya tanya dia apa petua dia.Jawabnya dari dia muda sampai sekarang dia makan vitamin anti-oksidant.Ini adalah cerita benar yang sememangnya benar.



Read more...

Buah Naga


Buah Naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Buah naga yang matang adalah seberat lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram!

Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.

Nama lain bagi buah naga ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid. Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus(isi putih) dan Hylocereus polyrhizus(isi merah). Spesies lain yang kurang terkenal ialah Seleniereus megalanthus, yang mempunyai isi putih dan berkulit kuning

Bunga pokok naga mengeluarkan bau wangi yang menarik perhatian serangga dan kelawar, yang bertindak sebagai agen pendebungaan. Bunga ini biasanya kembang hanya untuk satu malam dan selepas subuh, bunganya mula kuncup. Yang menarik ialah kaktus ini berupaya menyimpan air. Tidak hairanlah buah naga mengandungi 80% air, selain kandungan vitamin C yang tinggi berbanding tembikai dan epal.

Zat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.

Industri buah-buahan di luar negara menggunakan buah naga dalam pembuatan wain. Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus grandiflorus khususnya, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam tubuh.




Read more...

Selamat Hari Keputeraan Sultan Selangor

Hari ini negeri Selangor Darul Ehsan cuti sempena hari Keputeraan Sultan Selangor yang ke-63.Semoga Allah kurniakan baginda kesihatan yang baik untuk memimpin dan menjaga rakyat negeri Selangor.Rakyat sekarang makin ditindas.Rakyat perlukan pemimpin yang adil dan dapat membela mereka.

Read more...

Wednesday, December 10, 2008

Pokok Ketum


Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.





Read more...

Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Maaf zahir dan batin kupohonkan.Semoga di hari raya ini hati kita sentiasa ceria dan gembira selalu.

Read more...

Saturday, December 6, 2008

Selamat Datang

Selamat Datang ke Witeblog.Marilah merehatkan minda anda sebentar sambil bersantai.



Read more...