Pokok Ketum
Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
4 comments:
Salam,
Tajuk ini memang informatif. Teruskan kajian, semoga pokok ini dapat diuruskan dengan baik lagi bermanfaat. Juga sebagai herbalis, saya sukakan tajuk begini. Tahniah.
Terima kasih kerana berkunjung ke ruang santai saya.
Wassalam.
Wslm Prof.Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.
salam tuan blog,
blog yang ringkas tetapi sarat berinformatif.Teruskan menulis.Blog tuan akan dimasukkan dalam blog 'promo' di blog ABO-albanjari & notoumno dibawah seliaan teman dgn sebaiknya sepenting kandungan baik didalam blog ini.
ABO
Wslm ABO.Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya yang tidak seberapa ini.Saya masih baru hendak merangkak.Terima kasih sekali lagi.
Post a Comment